19 Jun 2010

Adat Perpatih

Struktur Masyarakat Adat Perpatih

Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu 'Perut Suku dan Luak'. 'Perut' adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama. Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar 'Buapak'.Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan. Kumpulan yang kedua ialah 'suku'. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar "Dato' Lembaga". Kumpulan ketiga ialah 'Luak'. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua yang bergelar Penghulu Luak.

Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa. Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan demokrasi.

2 ulasan:

  1. > salam.. maap yo, nak tyo sikit.. apo kojo eh undang ni??
    > ado laie ko anak2 mudo nak meneruskn tradisi ni.. kdg2 dieorg pun tak tau dieorg suku ape??
    > klu mak dah meninggal, tp dio tak wariskn namo kek anak2 gurl dio tanah?? masihkh tanah itu hak anak pompuan dio.
    > tp, mcm no plak klu ado bapak sedaro yg lobih sudu dr kuah, hasil2 gotah dr tanah tu abih dio yg amik??
    > klu adik lelaki tolong motong gotah kek tanah tu, buleh ko dio makan duit hasil noreh tu??

    BalasPadam
  2. Sobonar ea bondo ni susah nak cakap la... anak masing2 dah duduk kolumpo.. mano nak tau.. Yang ponting ea org tuo2 la kono ajar anak2 mudo tu.. Kona an dio ngan sodaro.. sapo sodaro2 ea.. tu guno poie nyombah kek gumah sodaro2 maso nikah maghrin.. Ni kang dah nikah sonyap yo.. Sobulan sokali pun tak balik kg.. Konduri pun ontah...mcm mano?? Dah duk kolumpo na..dah lupo deh asal usul ea..Diri sondiri la kono ingat... Masalah ea sapo yg tak warikh an ghoto pusako tu dio la yg salah..tapi bulih tgk kek pojabat tanah...jgn kau ghisau an bona.. bukak pail..bukak gran..sapo warikh ea...sapo bopak ea..sobut suku ea..lombago bawak sokali..jgn tingga an tak maun deh nak sain sok do..kuk apo2 hal ea la.. Bokonaan pak sodaro tu biar la.. dio ado yo hak ea tu..hak somaso idup namo ea..tapi ghoto tu tak dapek kek dio do..Dio makan hasil ea tu biar la..sbgai upah dio jago kampung tu..kuk tak do dio sapo plak nak jago..ntah kuk kau nak jago?? Poie la.. Kalau nk kiro budi bahaso bulih la kuk dio nak boghri sikit duit sogirap yang di jua ea tu.. Banyak ko ghoto kau???

    BalasPadam