ISTIADAT MENJEMPUT
Istilah menjemput.
Istilah menjemput ini ada dua iaitu:-
- Istiadat menjemput adat dan pesaka
- Istiadat menjemput pesaka
Kedua-dua istilah ini mempunyai maksud yang tersendiri.
Istiadat menjemput adat dan pesaka ini selalunya dipakai sewaktu menjemput pengantin lelaki.
Istiadat menjemput pesaka ini dipakai sewaktu menjemput suami yang kematian isteri.
Istiadat menjemput adat dan pesaka ini selalunya diwakili oleh orang semenda pada pihak pengantin perempuan. Yang dimaksudkan orang semenda ialah lelaki yang menikah ke suku ibu pengantin perempuan. Atau ringkasnya ialah bapa atau adik saudara pengantin perempuan.
Setelah diarahkan oleh Buapak atau tempat menda pengantin perempuan maka dua orang wakil ini akan pergi ke rumah pengantin lelaki untuk menjemput adat dan pesaka. Selaras dengan falsafah orang semenda "di suroh poie, di panggea dating”.
Orang semenda yang pergi itu akan mendapat habuannya yang dipanggil "upah jemput" Mengikut kadar di Luak Ulu Muar sekarang ini RM 40.00 seorang.
Ini bertepatan dengan perbilangan yang berbunyi (Loghat Negeri Sembilan):-
"Ayam dibolo dibori makan, orang disuroh dibori bolanjo, anak diambik dibori ghorto".
Sewaktu istiadat menjemput ini mestilah diiringi bersama bujam epok yang berisi sireh, kapur, gambir dan pinang yang siap dikacip. Sejurus sampai di rumah pengantin lelaki (kebiasaannya yang menanti Buapak dan anak-anak buahnya) maka bujam epok tadi akan diserahkan kepada Buapak dengan pemula kata:-
Ese hendak menumpang tanyo,
Kok nak mencincang mano landasannyo,
Kok nak melompek mano tumpuannyo,
Kok nak menembak mano sasarannyo,
Setelah itu ditujukan mano orangnya .................................
Kata-kata perbilangan sewaktu menjemput:-
Kok alam dah berajo,
Kok Luak dah bopenghulu,
Kok Lembaga dah bosuku,
Kok Bopak dah beranak buah,
Duduk dokek rumah dokek kampong,
Sehalaman (solaman), sepermainan, (sopomainan)
Sejamban (sojamban), sepelaungan (sopolaungan),
Seperigi (sopigi), sepermandian (sopomandian),
Duduk bosuku-suku,
Suku Nan Duo bole’h,
Kok hukum tak mongambek,
Kok adat tak monghalang,
Mako dibule’hkan somondo monyomondo,
Mako kodatangan ese podo hari nan sohari ni,
Ese tolah diarahkan oleh ompek mendo,
Untuk monjomput adat dan posako anak buah Dato',
Borsorto dongan orang eh sokali (pengantin lelaki).
Kok hutang nak dibayar, kok piutang nak diterima.
Maka selepas itu diserahkan jumlah tuntutannya.
Sebagai contoh:-
- Duit adat mas kahwin RM 200.00
- Pengiring adat (Buapak) RM 60.00
- Upah jemput 2 X RM 40.00 RM 80.00
- Waris Besoko RM 50.00
- Jumlah RM 390.00
Belanja nikah:- (Bergantung kepada keadaan semasa Jabatan Agama Islam Negeri).
- Upah nikah RM 60.00
- Saksi 2 X RM 30.00 RM 60.00
- Masuk kariah RM 20.00
- Pendaftaran RM 100.00
- Jumlah RM 240.00
Jawapan Pihak Menanti (Pengantin Lelaki)
Kok datang dah borjomput,
Kok sampai dah bersapo,
Dek ado tali pongelak, tangkai ponjenjing,
Kok poie nak molopehkan,
Yang poie naklah solopeh,
Yang tingga naklah solotak,
Kok muko nak joghoneh, kok ati nak boghosih,
Yang poie jangan lupo pandang ko bolakang,
Yang tingga jangan lupo pandang ke dopan,
Kok datang biarlah nampak muko, kok poie biarlah nampak bolakang,
Kok momakai nak yang elok, kok makan nak yang halal,
Padang orang jangan cubo nak bolari,
Kok nak bolari, padang sondiri,
Poie tompek orang jangan buek rosmi ayam jantan,
Buek rosmi padi, makin tunduk makin borisi,
Tompek orang jangan dibuek kopantangan ompek mondo,
Polesit dua se kampong,
Sobatang anau dua sigai,
Buek ghumah dalam ghumah.
Kok monanam tak bobonih,
Kok tumboh tak bomato.
Boghi satu, jangan ambik duo.
Ibarat pokok, kok sokah tordongar lorak ea
Kok ghobah tordongar lorumnya.
Kok cicir nak dipungut,
Kok hilang nak dicarghi,
Kok tortimbun nak di kokeh.
Untung samo-samo labo ea, kok cicir samo-samo rughi.
Kok diseru dio menyaout, kok dipanggea dio datang,
Kok dipandang dio nampak, kok totanam ado tando ea,
Kok mati ado batu nisan ea.
Hutang apabila menjadi ayah:-
- Upah bidan
- Kerat pusat
- Sunat Rasul
- Tindek daeng
- Serahkan mengaji
- Nikah kahwin.
Bukan hutang sobarang hutang,
Bukan hutang kain nan bohasto,
Bukan hutang ringgit nan bobilang,
Bukan hutang omeh nan botahil.
Kok hutang nak ese bayar,
Kok piutang nak ese terima,
Tetapi hutang adat dan pesaka.
Inilah dia duit adatnya yang dituntut Dato' sebanyak RM630.00
Tiada ulasan:
Catat Ulasan